Thursday, February 25, 2010

aku just foward je

Hai Kawan - kawan,

Pada 1st Mei tahun ini, kerajaan bercadang menaikkan kadar petrol seliter kepada RM3.90 sen. Harga petrol sebegini cukup untuk memenatkan kehidupan seharian kita semua. Kerajaan menaikkan harga petrol atas alasan Kerajaan tidak sanggup menanggung subsidi. Tapi saya hairan, ke manakah pergi nye keuntungan Petronas setiap tahun yang sejumlah RM90 Billion dan tidak termasuk cukai pendapatan lain???

Kita semua setuju dengan kenaikan petrol RM3.90 sen SEKIRANNYA Kerajaan setuju dengan tuntutan kita.

1. Mansuhkan semua bayaran TOL bagi semua lebuhraya.

2. Wujudkan lebih daripada 120 buah pusat perubatan yang bertaraf hospital dan menawarkan perkhimatan perubatan yang percuma (Kami tidak mampu membiayai kos perubatan di swasta) .

3. Wujudkan lebih daripada 200 institusi pengajian tinggi (Kami tidak mampu membiayai kos anak kita untuk belajar di Universiti Swasta) .

4. Diskaun 50% terhadap penggunaan elektrik dan air.

5. Mansuhkan cukai ke atas tanah, pembelian rumah dan sebagainya.

6. Tiada cukai pendapatan bagi individu yang berpendapatan kurang daripada RM7K sebulan.

Kerajaan harus sedar, kita hidup bukan senang!!!! Kita mempunyai perbelanjaan yang tersendiri seperti bayaran pinjaman perumahan, pengajian, kereta, mendidik anak - anak dan kos kehidupan seharian. Kerajaan jangan asyik memikirkan keuntungan semata - mata sehingga menyusahkan kami semua.

Sekiranya, anda setuju dengan tuntutan ini. Sila forward mail ini kepada rakan - rakan anda. Terima kasih.

Semoga kerajaan sudi meringankan beban kita semua yang akan hadapi kelak.

Tuesday, February 23, 2010

Aku nantikan

Tahun 2010 ni memang takde movie lain yg aku tunggu selain "The last airbender" movie. AKu cukup gile tengok cite ni...tak tau nape...syok kot....harap2 cite ni best la...so far watak2 dlm cite ni sume same ngan dalam cartoon..tak mcm cite dragon ball langsung tak same.

Monday, February 8, 2010

Aquaria



Sedikit info utk korang....Aquaria telah dibuka pada 20 Ogos 2005..selepas 4 tahun lebih akhirnya aku berjaya gak nak lawat tempat ni ..huhuhuhuh...dah lame dah rupenye tempat ni bukak..aku rase mcm baru je.. bukan pe aku tak de mase dan tak terpikir pun nak masuk tempat ni pun...tapi pasal aku dah terlalu boring gile ahad lepas .. so aku decide nak pegi situ.


tiket masuk rm28 kalau nak merasa ikan yg gigit kai tu kena tambah lagi rm10...walupun dh lame bukak tapi manusia yg dtg mmg still rmi...maklum la hari ahad cuti...kagum gak aku masuk tempah ni...byk info leh tau...





Wednesday, February 3, 2010

IPStar

Satu lagi benda baru aku blaja smlm....setup satellite connection...sblm ni aku langsung tak tau jadah mane nak configure menatang ni....sebenarnya kojo pasang satellite ni bukan kojo aku...aku cuma configure je...tapi dah takde orang ...maka secara automatik bdk2 NOC kena amik alih.

kalau ikutkan aku malas aku nak buat sebab bukan keje aku gi site...tapi disebabkan menatang ni pasang tak roof top opis aku je...so aku pun wat gak la..lagipun ade gak benda baru yg aku blaja ari tu...as long aku leh blaja benda baru aku tak kisah sangat...memang berbaloi pun.

nasib baik kami setup waktu petang kalau tengahari...mau rentung aku kat situ....tu jela aku nak cite ari ni...nak tulis banyak pun tak tau nak tulis ape...heehehe