Tuesday, April 27, 2010

Sunyi

Hari ini mak ngan ayah aku nak pergi bercuti ke cameron highland....mak aku memang dh inform hal ni awal2 lagi ...dorang pegi hari ahad dan balik esoknya....maklumlah ayah aku dah xkeje...so nak gi melancong hari ape pun boleh....disebabkan parent aku dah pegi bercuti so tinggal la aku sorang2 kat rumah .... abang2 ngan kakak sume dah kawin...aku je blum(bile agaknya tu hehehe)....so aku jadi jaga di pagi ahad 18/4/2010.


Disebabkan aku memang tak plan pape hari ahad tu so aku pun tdo la sampai ke tengahari .... bangun2 je aku trus rase lapar...aku pun dgn pantas trus ke dapur ....bukak2 je tudung saji tu aku xnampak pape kat dalam tu...kosong.....kuih pun tak de...yang ade air milo yg dh tinggal separuh jug (mayb parent aku minum pagi tadi )... dalam mamai2 tu baru aku teringat yang aku dh inform mak aku tak payah susah2 masak b4 pegi cameron....hahahahhaha


Dengan skill aku yg tak seberapa ni...aku berjaya masak la nasi goreng ayam untuk hidangan tengahari aku ....senang je adabi kan ade..waakakakkakaak

Tengok tu bersinar2 masakan aku.






Wednesday, April 21, 2010

Rahsia Al-Fatihah


Saya tertarik dengan satu emel yang pernah saya terima daripada seorang sahabat lama. Rasanya mungkin saya boleh gunakan kesempatan dan ruang yang ada ini untuk berkongsi ilmu bersama akhawat sekalian...

Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya?


Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.


Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.


Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.


Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.


Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.


Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan


Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.


akhawat sekalian...
Sama-samalah kita mengamalkannya..
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran...

Monday, April 19, 2010

Itik

Seingat-ingat aku la...aku penah makan daging itik sekali je...tu pun masa kat kedah (diploma)...ada satu kedai jual gulai itik...superb...sebenarnya aku pun tak tau tu daging itik...main bedal je...pas abih makan baru tau tu itik...sedap gak....patut ade beza skit dgn ayam...hahahahah..

aku tak tau la korang perasan ke tak...memang payah betul nak cari org jual daging itik halal kat kl ni...walaupun banyak kedai dan jual berpuluh2 jenis lauk...tapi satu pun takde jual daging itik.... contohnyanye kat kampung baru...lauk berpuluh2 tapi gulai itik mana de jual...huhuhuhuhuhuh....


aku teringin gak nak try makan daging itik kat kedai ni...tapi sure ada orang dok pandang aku semacam karang...wakakkakak


Siap patung itik lagi...nampak real punye

Tuesday, April 13, 2010

Tradisi

Ahad lepas 4 april 2009 aku agak free la...xde keje nak buat...tetiba ada panggilan dari sahabat seperguruan aku namenya edan....die inform aku ada tournament silat olahraga kat taman nirwana ampang dan bdk2 junior gelanggang aku masuk bertanding....terlanjur aku dh free ari tu trus aku gi tgk tournament tu sambil bagi moral support kat budak2 baru.


budak gelanggang aku masuk tak la ramai sangat...ada la 10 org....sbb depa ckp penganjur lambat inform....so dorang sempatla training dalam 2 minggu je.... aku memang dah lame tinggalkan tournament n i....juz blaja silat utk sihatkan badan n self defense saje...xlarat nak training utk tournament....


dalam 10 org yg masuk 4 org dapat emas 2 org dapat perak....so aku agak bangga ngan pencapaian depa...walaupun ramai budak2 baru tapi aku reskpek kat depa sbb menang tournamen tu... congrats






Tuesday, April 6, 2010

visitor

dalam diam tak diam aku dah 3 bulan berblog...hahahahah....tapi ni bukanlah website yg pertama yang aku buat.....aku ada lagi 2 blog...tapi tu untuk niaga punya....blog ni personal punya....


aku pun ada satu web yg aku beli domain serta hosting nya di DataKL...duk diam tak diam dah 2 tahun lebih aku manage website tu....aku beli domain ngn hosting kat datakl bukan sebab pakej die pun ...tapi sebab support yg depa bagi...1st class...kalau nak ikut pakej Datakl boleh dikira mahal aku rase...tapi yg penting aku puas ati ngn layanan dorang...thanks to Khairul (0rg Datakl) yang slalu tolong solved problem aku....


memang best ade domain sendri sebab kite boleh tgk jumlah visitor yg datang serta dari negara mana depa dok suft....byk lagi features dalam Cpanel ni.....so far visitor web yang aku buat tu semakin lama semakin ramai....dari tahun ke tahun...tgk graph kat bawah



Aku start bulan march 2008

Tahun 2009


Tahun 2010...skit lagi nk sampai 1000 visitor per month
bulan april tak abis lagi harap2 dpt la



tapi blog ni....10 org pun tak sampai org tgk ...hahahhahaha...xpe2 ni catatan hidup saje...xpenting sgt org visit ke x...juz enjoy berblog mcm kawan2 lain






Thursday, April 1, 2010

Kembali

Abg din beramboi telah kembali kerahmatulah jam 12.30mlm...mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau...semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org yg beriman... Insya'Allah..sedih aku dengar sebab kematian abg din agak mengejut.....same2 la kita doakan